BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS



Monday, July 27, 2009

difinisi falak


Berikut adalah beberapa definisi Ilmu Falak dipetik dari buku Pengenalan Ilmu Falak, Baharrudin Zainal, DBP 2002.

* Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen).
* Ilmu yang mengkaji perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang.
*
‘Falak’ dari bahasa Sumerian ‘pilak’ bermaksud sesuatu yang berputar.
* Dalam bahasa latin, astronomi – ilmu mengenai bintang.
* Hartmann 1987 : sains yang mengkaji objek-objek di angkasa.
* Al-Quran : benda yang beredar di langit – surah Yasin: 40 dan Al-Anbiya:33.
*
Al-Biruni : sesuatu yang saling bertukaran.
* Ikhwan as-Shafa : ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintan, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.
* Ibn Khaldun : ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu hitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya.

Pengetahuan tentang definisi ini penting bagi membezakannya dengan aspek kajian bintang yang lain iaitu ‘astrologi’ atau ‘ilmu bintang pernujuman’.

Ilmu Falak Terpinggir?

Seorang yang mempelajari ilmu falak mengatakan beliau merasa terasing dalam dunia falak. Terasing dalam erti kata pemahaman tentang ilmu falak yang dipelajari, ternyata berbeza dengan pemahaman sebilangan masyarakat tentang ilmu falak.

Kitab bintang dua belas yang menjadi pendorong kepada ilmu perlangkahan dalam masyarakat dahulu, masih menjadi asas pemahaman sebilangan masyarakat tentang falak. Justeru ilmu falak masih dengan status – “meramal”.

0 ulasan:

bumiku..

slide

Chat angkasa..